Sunday, July 18, 2010

The journey of 359km

Sepatutnya post ni keluar pada 11 julai yang lepas, tapi disebabkan kesibukan hakiki di tempat kerja dan di rumah terpaksalah ditangguhkan. Kali ini junior aku terpaksa berjauhan seketika dengan keluarga. Ini disebabkan keinginan dia nak menyertai kejohanan taekwando sekolah-sekolah seluruh negeri Perak. Kejohanan ini berlangsung di pekan Selama pada 10hb Julai 2010 iaitu bersamaan hari Ahad.

Jadinya dia bertolak dari tempat kami pada hari Jumaat jam 3 petang. Itu pun dah lambat kami tiba di tempat menunggu. Bertolak dari Slim River dengan rakan-rakan dari sekolah lain. Hanya 2 orang sahaja wakil dari tempat junior aku berlatih taekwando. Tapi apa yang penting exposure pada dia untuk hidup alone bersama-sama kawan serta keinginan dia nak merasa naik bas dan tinggal di hostel.

So, for us nak tengok juga performance dia esoknya on that pergilah adari TM ke Selama. My wife dah tanya pada kawan dia yang keje di Taiping jalan mana yang paling dekat nak pergi ke Selama. So we ikut advise dia dan ikut jalan Pondok Tanjung. Actually memang banyak jalan yang boleh kita guna. Antaranya jalan bagan serai atau jalan bukit merah, malahan kalau ikut GMaps pun akan recommended guna jalan Bukit Merah which is ikut highway lah tu.

Anyway memang sekejap jer dah sampai ke Kubu Gajah lepas tu ke pekan Selama. Tak der le besar mana pekan Selama tu. But oklah. Anyway here were some photo that I took with my pixon.

 
Dewan Besar SMK Dato' Hj. Hussein. Tempat berlangsungnya pertandingan.


 
Ruang parking yang dijadikan ruang meniaga untuk para persatuan pelajar. Sesapa yang nak kudapan boleh pergi di sini. Untuk makan ada disediakan di Dewan makan. Asrama pelajar berada di seberang jalan iaitu berhadapan dengan sekolah.


 
Anak aku bersama rakan sepasukannya. Anak aku amik dua acara - grading dan juga sparring. Maklumlah nak naik talipinggang dari putih ke kuning. Itu yang berkobar-kobar tu. Dan rakan sepasukannya hanya berumur 7 tahun dan baru darjah 1.


Pemandangan pekan Selama. Jangan terkejut jika ada signboard tertulis Selama (Kedah). Yang kami pergi ni Selama sebelah Perak. Selama sebelah Kedah hanya 15km dari sini.

  
Lagi pemandangan pekan Selama. Nampak macam pekan Bagan Serai jer, betui tak?
----
Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim. Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.
Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.
Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerahkan Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.
Encik Abdul Karim juga pernah dilantik manjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1892 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran Masjid Lama Selama.







0 comments:

Post a Comment